BUAT
PERTAMA KALI di Muara Sungai Terengganu Persembahan Air, Berkonsepkan
UV Light, Water Screen, Bot Berhias, Flying Board, Musical Light, Jetski
Light dan Bunga Api pada 31 Disember 2016 pada Jam 8.30 Malam - 11.00
Malam di Pulau Warisan, Kuala Terengganu Sempena #VisitBeautifulTerengganu2017 #NewYear2017 PERSEMBAHAN ADALAH PERCUMA! — at Pulau Warisan.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 yang akan bermula 31 Dis 2016 sehinggan 3 Januari 2017.
Yang pasti ia di adakan bagi memberitahu dan untuk sama-sama kita menyokong dan sama-sama mewawarkan kepada rakan dan taulan akan kemunculan Visit Beautiful Terengganu 2017
Pelancaran Visit Beautiful Terengganu juga akan dilancarkan oleh DYMM Tuanku Sultan Terengganu di Duyung Marina Resort pada 1 Januari 2017 jam 8.30 malam.
Sama-sama kita menjayakan VBT 2017 ini suaya industri pelancongan menjadi penyumbang ekonomi terbesar Terengganu dalam sedikit masa kelak.
Persembahan “Cahaya dan Bunyi” serta pancutan air berirama menjadi tarikan baru bagi sektor pelancongan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT)2017.
Pertunjukan yang berkonsepkan santai, libur dan berimformasi ini mampu mengajak pengunjung mengenali seni bina Islam yang bertaraf dunia
Memangku Pengurus Besar TTI , Khalizan Mahmud berkata ,bertemakan “Cahaya Ketamadunan” yang menceritakan kegemilangan Tamadun Islam dari 21 negara yang terkenal dalam sejarah Islam dunia ini dapat menonjolkan sesuatu yang unik bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini.
“Setiap monument (replica Masjid) dipasangkan lampu bagi mengetengahkan elemen cahaya bagi menjadikan ianya lebih menarik.
“Kombinasi bunyi-bunyian dan pancaran penceritaan tentang 22 replika masjid dari 21 negara juga menghidupkan suasana pada malam hari,
“Pesta cahaya ini hanya diadakan pada waktu malam bertempat di Taman monument, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,” katanya ketika di temubual oleh TerengganuTimes semasa mengikuti rombongan Kelab Karyawan Lensa Terengganu membuat sesi Fotografi di situ ahad lalu.
Selain dari itu, TTI sedang mengadakan promosi sepanjang tahun sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pertunjukkan “Cahaya Dan Bunyi” ini.
“Orang ramai boleh membuat tempahan secara berkumpulan atau individu dengan menghubungi pihak pengurusan TTI di talian -09 -627 8888,ujarnya.
Taman Monumen:
Satu Kincir air yang merujuk kepada kincir air Umat Islamlampau di Syria yang menggunakan Teari Al-Jazari
22 replika Masjid dari 21 Negara dengan skala 1:4- 1;22
The Dome Of the Rock (kubah As Sakhrah) Palestin
Masjid Negara,Malaysia
Masjidil Haram,Mekah Arab Saudi
Kota Al-Hambra, Granada , Sepanyol
Taj Mahal, India
Badshahi Mosque, Pakistan
Kudus Al-Manar Mosque, Indonesia
The Prophet’s Mosque (Al-Nabawi, Medina, Saudi Arabia